Menu Close

Terma & Syarat

Kami daripada pihak ALFI Studio berusaha keras memberikan perkhidmatan premium kepada pelanggan kami dalam mempermudahkan urusan perkhidmatan reka grafik & laman web. Sila baca dengan teliti terma & syarat di bawah sebelum membuat tempahan.

1. Tempahan

Kami menawarkan perkhidmatan reka grafik & pembangunan laman web. Dengan membuat tempahan dengan kami bermakna anda bersetuju dengan segala terma & syarat yang telah kami tetapkan.

Tiada kontrak diwujudkan antara anda (pembeli, pelanggan) & kami (penjual) sehinggalah kami mendapat makluman & penerimaan tempahan anda serta bayaran yang ditetapkan di dalam invois. Setelah kami menerima bayaran tersebut & pengesahan mengenainya dibuat secara lisan atau bertulis barulah perjanjian termeterai & wujud kontrak yang sah di antara anda dengan kami.

2. Perkhidmatan

Perkhidmatan ditawarkan mengikut availability & keadaan semasa staf kami. Sekiranya terdapat banyak tempahan pada sesuatu masa, kami akan memaklumkan kepada anda dengan secepat mungkin. Kami akan mencadangkan tempoh yang sesuai untuk menyiapkan tempahan anda. Sekiranya anda tidak bersetuju, wang pendahuluan anda akan dipulangkan (sekiranya ada). Kami berhak membuat perubahan harga dari masa ke semasa. Harga perkhidmatan hendaklah mengikut harga pada masa tempahan dibuat.

Setiap produk yang sudah siap akan disertakan dengan watermark logo syarikat kami. Hanya pelanggan yang sudah bersetuju dengan bayaran tertentu berhak untuk tidak meletakkan logo kami.

3. Pembayaran

Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). Bayaran diterima secara tunai terus kepada akaun syarikat (mesin deposit tunai/pembayaran atas talian) atau melalui perantara BillPlz (pembayaran atas talian). Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan deposit/ wang pendahuluan.
Deposit Pertama: 30 % daripada jumlah keseluruhan untuk memulakan proses rekabentuk/ laman web.
Bayaran Akhir: Baki akhir yang tertera pada invois.

4. Tempoh Siap

Setelah kami menerima tempahan & bayaran deposit pertama serta segala info berkaitan produk diberikan, pihak kami akan menyediakan draf rekabentuk dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja. Anda dikehendaki menyemak & memberikan maklum balas setelah menerima draf tersebut dengan kadar segera. Setelah mendapat maklum balas daripada anda, kami akan membuat pindaan (sekiranya berkaitan) sewajarnya.

Tempoh pindaan adalah 1-2 hari bekerja. Pindaan draf hendaklah tidak melebihi 2 kali. Bayaran tambahan (RM 30.00) akan dikenakan jika pindaan yang dibuat melibatkan perubahan keseluruhan peta, atau perubahan rekabentuk melebihi 50% dari rekabentuk asal daripada draf yang diberikan.

Walaubagaimanapun, dalam kes di luar kawalan kami seperti masalah server, sedikit kelewatan mungkin berlaku. Oleh itu, anda digalakkan membuat tempahan lebih awal daripada tarikh deadline untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

5. Jaminan

Semua perkhidmatan yang dibekalkan oleh kami dijamin berkualiti mengikut peredaran semasa. Jaminan pulangan wang pendahuluan hanya diberikan sekiranya pihak kami benar-benar mempunyai masalah yang terbukti menyebabkan pihak pelanggan tidak berpuas hati. Screenshot bukti-bukti tersebut boleh dikepilkan & dihantar kepada kami untuk proses pemulangan wang pendahuluan bagi memastikan keselesaan perkhidmatan untuk pelanggan.

6. Pembatalan Tempahan

Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat jika draf rekabentuk grafik/laman web belum dilaksanakan. Jika pembatalan dibuat selepas draf rekabentuk diberikan, wang pendahuluan tidak akan dikembalikan. Jika pembatalan dibuat setelah proses rekabentuk telah disiapkan 50% atau lebih, anda dikehendaki membuat bayaran mengikut peringkat kerja yang telah disiapkan.

7. Penggunaan Semula

Kami berhak menggunakan hasil rekabentuk kami untuk tujuan promosi sama ada dipaparkan di laman web kami, facebook ataupun mana-mana media cetak atau elektronik.

Akhir kata, sekali lagi diingatkan, dengan membuat tempahan dengan kami bermakna anda bersetuju dengan segala terma & syarat yang telah kami tetapkan & anda telah membaca terma & syarat ini dengan teliti.

Terima kasih.